Thursday, September 16, 2010

Cerita

Di saat jari ini laju menaip email address dan password untuk log in ke blog, fikiran ligat: Harus ada gambar atau tidak untuk entry kali ini? Tapim boleh tinggalkan dulu tentang gambar, sebab bukan senang mood menulis ini datang menjenguk. Sejak Jun, 4 bulan saya biarkan semua cerita saya lekat di hati. Mengingat untuk setiap apa yang jadi. Mahu summarize sahaja lah. Make it simple tapi clear crystal. Bermula di sini.

Julai, 2010.
Julai oh Julai. 1001 perasaan tentang Julai. Terlalu banyak dari fakta, amazing things happened, kebahagiaan yang abadi, insaf, kerdil, bertuah, segalanya dalam satu perasaan dan dirasakan dalam waktu yang sama. Saya hilang punca bila mahu bercerita tentang Julai.
Perjalanan itu sungguh sempurna. Dengan apa yang telah terjadi, dan yang paling penting, setelah segala salah dan silap yang saya lakukan, tiada apa yang mampu keluar dari samada mulut atau hati selain syukur dengan DIA yang Maha Satu. DIA segalanya. Hanya DIA. Saya terlalu bahagia melihat kiblat berada di depan mata. Mulut, hati tidak lekang syukur, mata tidak lari dari memandang kiblat yang satu itu. Apatah lagi, mengelilingi. Tiada kata yang mampu diluah untuk menggambarkan perasaan itu. Insaf.
Di sana, hanya saya dan DIA. Tiada urusan lain. Itu menakjubkan. Saya lupa segalanya tentang di sini. Tenang. Cuba membayangkan sekiranya saya di sana. Alangkah bahagia. Bersyukur, kerana mampu menyempurnakan segalanya dengan sempurna. Ada sesuatu yang indah terjadi sewaktu di sana. Kejadian itu, mampu kukuhkan kepercayaan saya terhadap segalanya dan tidak mungkin saya lupakan itu. Insy-Allah.
Sebenarnya mahu bercerita lagi tentang Julai ini, tetapi, rasanya nanti tiada runag untuk cerita lain. Berhenti di sini untuk Julai.
Kembali dari sana, ada banyak perkara indah yang terjadi. Kini, mampu tersenyum puas.

Ogos, 2010.
Ramadhan. Lagi tapi kali ini, lebih bermakna. Cukup. Yang indah tentang Ramadhan, berbeza dari yang sebelum ini. Suasana berbeza, orang berbeza, rezeki berbeza. Alhamdulillah. 30 hari, azam terlaksana. Sekali lagi, Alhamdulillah. Being here and there, everywhere. Bersama circle yang saya impikan. Ya, saya bertuah dan bahagia.
Sampai di sini, fikiran saya ligat berpusing: Adakah gambar Ramadhan? Rasanya tiada. Terlalu asyik dengan suasana dan makanan di sana sini. Kebahagiaan masih milik saya.


September, 2010.
Syawal. Di kampung seperti biasa. Tetapi, Syawal kali ini, sederhana. hanya sepasang baju raya, kerana sudah mula bertugas pada hari raya ke-4. Bersambung raya dengan circle saya di KL. Seronok.
Ada cerita di sebalik Syawal. Cerita lama, tetapi belum masih mampu untuk dilepas apatah lagi dilupakan. Masih struggling, walaupun nampak di luarnya saya sudah terima hakikat. Tetapi, di hati saya terlalu tinggi harapan dan masih jauh perjalanan. Semua bertanya, kenapa dan sampai bila. Jawapan saya, saya tidak tahu. Saya masih tidak mendapat jawapan untuk semua itu. Saya lihat dari jauh, saya harap ini yang terbaik. Saya mengalah dan kalah. Cerita itu saya akan bawa bersama saya untuk sepanjang hidup saya. Itu muktamad. Saya pegang janji saya. Saya bahagia begini.

Oktober, 2010.
Masih baru untuk diceritakan. Satu yang pasti saya masih berusaha dalam pencarian saya untuk mencari dan melihat pelangi yang indah itu. Hampir, mungkin. Doa dan tawakal.

Summarize saya boleh dikatakan berjaya juga. Senyum.

Masih jauh perjalanan untuk saya. Bersyukur kerana, masih berada dalam perlindungan DIA yang Maha Satu. Mengharapkan perlindungan DIA untuk selamanya. Untuk ending, saya hanya ada satu permintaan. Berikan saya senyuman setiap hari walau apa pun yang terjadi. Saya terima segalanya kini, dan tidak mahu mengejar lagi. Mahu menikmati. Segalanya sempurna untuk saya.

Sunday, June 13, 2010

Cerita Saya

Ini cerita saya, tentang saya dan tentang orang2 yang saya sayang.


5 June 2010
Terengganu, my kampung.
Niece's Wedding.

Saat yang paling sukar bila saya ditanya soalan2 cepumas tersebut. Lumrah. My eldest niece, Yuyu: married today. Never been happy than watching her in front of me all grown up. Terasa macam baru semalam saya bermain kejar2 dengan dia. Perbezaan umur kami tidaklah jauh, cuma 2 tahun. Tiada ape yang mampu dizahirkan dengan kata2 selain merindui dia dan berharap dia sebenarnya di sini dan menyaksikan majlis ini. Rindu. Saya tahu dia tahu dari sana. She's a wife now for a good man i supposed. You've done a great job.

Al-Fatihah.




Ini kami di sekitar majlis. Not much, tapi untuk majlis ini, kami di sini. Bukan senang mahu everyone bersama.
*masih banyak sebenarnya gambar, tapi nak upload tu memerlukan kesabaran yang sangat tinggi...










The celebration continue tapi hanya untuk saya. Berjumpa dengan besties, dan hanya duduk dan bersembang itu adalah seronok.

12 June 2010
Sunway and Taipan USJ
Emilia Kamarul & Scout Liyana


Pizza my heart. Menjadi pelanggan terakhir untuk Pizza Hut Sunway Pyramid, awesome! We're talked. A lot. About everything. Yes, about everything. I am happy, certainly happy. Thank you for both of you.







Untuk Scout Liyana:
Bukan semua yang kita ingin kita dapat. Sabar, itu kunci segalanya. Memang bukan senang untuk dilakukan, tapi itu yang terbaik. Positive, sentiasa bersyukur. DIA Maha Mengetahui. Kita bersama2 mengejar impian. Hidup ini terlalu indah untuk disia-siakan. :)

Untuk Emilia Kamarul:
Boleh aku join ko dalam searching for the most beautiful rainbow and a pot of gold tak? Terima kasih untuk stand by my side, millie. Memahami perjalanan cerita aku dan segala yang terjadi yet terima aku seadanya. Terima kasih untuk support yang ko bagi dan impian yang baru bersama. Kita buat yang terbaik bersama. Okay?

Overall, saya seronok dengan ape yang berlaku selama 2 minggu ini. Now, life back to normal. Masih banyak yang perlu diselesaikan. Sudah semakin hampir perjalanan itu. Bersediakah saya? Mahu tenang. Selepas perjalanan itu, saya mengharapkan tiada yang lebih baik dari semua yang terjadi. Menyesal, tidak sama sekali. Kalau semua itu tidak terjadi, saya tidak akan pernah belajar tentang hakikat kehidupan. Hakikat yang tidak semuanya indah tapi masih ada yang boleh diperindahkan. Saya terima segalanya dengan open heart. Mahu perbetulkan kesilapan, masih belum terlambat kan? Hopefully. Doakan yang terbaik untuk saya, please.

Saturday, May 15, 2010

Final Episode

Oh, don't be surprise with the title. This is not my last entry. Ok, can smile now. :)

Today, went to the place where i used to put all my heart into it. For the last time, i took all my belongings and finally say good bye. It come to an end, finally. Relieved? A bit, but deep inside i still doubt for the decision i made. It's been 3 amazing years i've been. I learn a lot things in life there, friendship, family, people, love, and above all, i learn about myself.

Couldn't thank you enough for everything. :) Sorry. I know, easy to say.

Its empty. As much as i am.




Good Bye. I may not take a good care of you, but you will remain inside me as the best thing ever happened to me. I say good bye now. Hope you will remember me as much as i remember you.

Friday, April 16, 2010

Suatu Petang



Taman Permainan Datran Sejarah Ayer Keroh.


Ini playground di rumah kami...hehe..padang rumput cinonet aje..sebab itulah we need a bigger playground....









This is when my head went empty.




Kami berjalan di sekitar Dataran Sejarah Ayer Keroh. Ada sekumpulan abang2 ini sedang praktis kugiran untuk perform di malam dinner mereka pada 1 may ini. Good Luck..yang baju biru tu, i ingatkan penyanyi tapi dia cuma test power je...sedap juge suara abang...



The end ....

Monday, April 12, 2010

Emilia Kamarul











aku tau sinki itu milik ko millie...huhu..tq for the time millie....next time pulak eh?

saya sayang kawan2 saya... :)

Shoe Hunting



dia takot mr. a&w tersebot!





Tq for the time and everything u've done babe... :) tapi dah tak lama boleh macam ni kan?

*sigh

but the love will remain the same... :)




Mencari sepasang kasut cinderella..bukan senang tahu? Weekend ini pencarian mesti diteruskan lagi..