Tuesday, March 23, 2010

Tentang Julai

Ada sesuatu(atau sebenarnya banyak) yang mengganggu fikiran aku. Ya. Akan ku cuba huraikan satu persatu di sini. Cuba.


Julai ini ada 1 janji perjalanan yang perlu ditunaikan. Aku mengimpikan perjalanan ini. Aku mahu pergi dan tenang. Tapi persoalannya, mampukah aku menghadapi perjalanan itu sedangkan aku belum bersedia sepenuhnya. Aku mahu dijauhi dari kalian yang begitu. Jauhilah aku. Aku mahu tenang di situ. Please. Akibatnya terhadap aku dan kehidupan aku adalah teruk sekirannya aku gagal dengan perjalanan ini. Pentingkan diri. Harus sekiranya aku mahu selamat sebab Dia menagatasi segalanya. Aku perlu bermula sekarang kerana perjalanan itu pasti. Tolong aku. Aku mahu aman dan tenang. Bukan melarikan diri tetapi kalian itu membawa aku ke jalan yang aku tahu berakhirnya di mana. Aku tidak mahu ke situ lagi. Aku mahu lari dari jalan itu. Aku belum cukup kuat untuk mengelak tetapi aku cukup kuat untuk melarikan diri. Bantu aku di sini. Sejujurnya aku sudah terlalu penat melarikan diri. Aku terima kalian tetapi tidak bermakna kalian perlu berada dalam seluruh kehidupan aku. Cukup sekadar mewarnai kanvas kehidupan aku.

Sekirannya kalian berada di tempat aku, kalian juga akan melakukan benda yang sama. Ini diantara perjalanan yang paling sempurna yang bukan dimiliki oleh semua. Kalian tiada cita-cita, tetapi aku ada. Kini, cuma itu 1 cita-cita yang aku mahu realisasikan sekarang. Tolong aku. Merayu. Aku tidak mahu kehilangan kalian walau ape pun terjadi. Tetapi, adakah kalian merasakan perasaan yang sama di sini? Tentu tidak. Kerana pencarian kita berbeza. Kerana definisi kehidupan kita berbeza. Kerana perjalanan kita berbeza.

Banyak yang perlu di selesaikan. Aku sedar dan I'm aware. Tapi sabar lah. Aku juga menunggu dan terus menanti mengharapkan keajaiban berlaku. Jangan mendesak kerana, desakan itu boleh bertukar benci dari aku. Aku faham tentang keadaan kalian sekalian. Jangan hanya tahu bercerita tentang kesusahan kalian sedangkan kalian juga pernah melakukan benda yang sama. Aku akan selesaikan semua itu sebelum perjalanan aku bermula. Sabar.

The End.

Wednesday, March 17, 2010

i'm back!

hello blog!

Kembali di sini. Sayang rasanya dengan "crucialsijelly" yang satu ini. Jadi, membuat keputusan untuk terus menulis di sini.

Salam perkenalan kembali.