Wednesday, October 21, 2009

Akhirnya

Sudah boleh menarik nafas lega. Akhirnya, keputusan itu yang diambil. Berakhir secara rasmi cerita itu, cerita tentang kami. Kami menemui titik noktah mati. Dan kini, kami boleh melayari kehidupan ini dengan 2 kehidupan dan 2 cerita yang berbeza. Tidak lagi bersama. Berterima kasih kerana keputusan itu. Aku bersyukur, ini yang aku mahu. Sudah begitu lama aku tunggu.





Hari ini, diberitakan sesuatu. Cukup gembira tapi takut dalam masa yang sama. Gembira kerana janji itu aku mungkin berpeluang untuk menunaikan. Takut kerana bimbang, diri ini tidak cukup sempurna untuk janji itu. Aku cuba untuk mempersiapkan diri. Sudah lama inginkan janji yang 1 itu, cuma tiada kesempatan. Semoga perjalanan ini yang terbaik, dan terindah yang pernah aku lalui. Aku perlu kuat, fizikal dan mental, dan rohani. Aku mahu pergi ke situ. Mahu damai. Mahu tenang. Mahu segalanya disitu.

Ampunkan aku.....................................................








p/s: Terima kasih dia...........................aku sudah mampu tersenyum....

0 comments: