Di saat jari ini laju menaip email address dan password untuk log in ke blog, fikiran ligat: Harus ada gambar atau tidak untuk entry kali ini? Tapim boleh tinggalkan dulu tentang gambar, sebab bukan senang mood menulis ini datang menjenguk. Sejak Jun, 4 bulan saya biarkan semua cerita saya lekat di hati. Mengingat untuk setiap apa yang jadi. Mahu summarize sahaja lah. Make it simple tapi clear crystal. Bermula di sini.
Julai, 2010.
Julai oh Julai. 1001 perasaan tentang Julai. Terlalu banyak dari fakta, amazing things happened, kebahagiaan yang abadi, insaf, kerdil, bertuah, segalanya dalam satu perasaan dan dirasakan dalam waktu yang sama. Saya hilang punca bila mahu bercerita tentang Julai.
Perjalanan itu sungguh sempurna. Dengan apa yang telah terjadi, dan yang paling penting, setelah segala salah dan silap yang saya lakukan, tiada apa yang mampu keluar dari samada mulut atau hati selain syukur dengan DIA yang Maha Satu. DIA segalanya. Hanya DIA. Saya terlalu bahagia melihat kiblat berada di depan mata. Mulut, hati tidak lekang syukur, mata tidak lari dari memandang kiblat yang satu itu. Apatah lagi, mengelilingi. Tiada kata yang mampu diluah untuk menggambarkan perasaan itu. Insaf.
Di sana, hanya saya dan DIA. Tiada urusan lain. Itu menakjubkan. Saya lupa segalanya tentang di sini. Tenang. Cuba membayangkan sekiranya saya di sana. Alangkah bahagia. Bersyukur, kerana mampu menyempurnakan segalanya dengan sempurna. Ada sesuatu yang indah terjadi sewaktu di sana. Kejadian itu, mampu kukuhkan kepercayaan saya terhadap segalanya dan tidak mungkin saya lupakan itu. Insy-Allah.
Sebenarnya mahu bercerita lagi tentang Julai ini, tetapi, rasanya nanti tiada runag untuk cerita lain. Berhenti di sini untuk Julai.
Kembali dari sana, ada banyak perkara indah yang terjadi. Kini, mampu tersenyum puas.
Ogos, 2010.
Ramadhan. Lagi tapi kali ini, lebih bermakna. Cukup. Yang indah tentang Ramadhan, berbeza dari yang sebelum ini. Suasana berbeza, orang berbeza, rezeki berbeza. Alhamdulillah. 30 hari, azam terlaksana. Sekali lagi, Alhamdulillah. Being here and there, everywhere. Bersama circle yang saya impikan. Ya, saya bertuah dan bahagia.
Sampai di sini, fikiran saya ligat berpusing: Adakah gambar Ramadhan? Rasanya tiada. Terlalu asyik dengan suasana dan makanan di sana sini. Kebahagiaan masih milik saya.
September, 2010.
Syawal. Di kampung seperti biasa. Tetapi, Syawal kali ini, sederhana. hanya sepasang baju raya, kerana sudah mula bertugas pada hari raya ke-4. Bersambung raya dengan circle saya di KL. Seronok.
Ada cerita di sebalik Syawal. Cerita lama, tetapi belum masih mampu untuk dilepas apatah lagi dilupakan. Masih struggling, walaupun nampak di luarnya saya sudah terima hakikat. Tetapi, di hati saya terlalu tinggi harapan dan masih jauh perjalanan. Semua bertanya, kenapa dan sampai bila. Jawapan saya, saya tidak tahu. Saya masih tidak mendapat jawapan untuk semua itu. Saya lihat dari jauh, saya harap ini yang terbaik. Saya mengalah dan kalah. Cerita itu saya akan bawa bersama saya untuk sepanjang hidup saya. Itu muktamad. Saya pegang janji saya. Saya bahagia begini.
Oktober, 2010.
Masih baru untuk diceritakan. Satu yang pasti saya masih berusaha dalam pencarian saya untuk mencari dan melihat pelangi yang indah itu. Hampir, mungkin. Doa dan tawakal.
Summarize saya boleh dikatakan berjaya juga. Senyum.
Masih jauh perjalanan untuk saya. Bersyukur kerana, masih berada dalam perlindungan DIA yang Maha Satu. Mengharapkan perlindungan DIA untuk selamanya. Untuk ending, saya hanya ada satu permintaan. Berikan saya senyuman setiap hari walau apa pun yang terjadi. Saya terima segalanya kini, dan tidak mahu mengejar lagi. Mahu menikmati. Segalanya sempurna untuk saya.
Thursday, September 16, 2010
Cerita
Posted by Asmadiana Alias at 4:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment