Wednesday, September 23, 2009

restless..

Mengenali seseorang itu bukan mudah. Diakui. Nama pun orang, bukan benda. Manusia berperasaan, perasaan yang perlu dijaga. Silap langkah hilang segala.


Berjanji untuk sehidup semati bukan senang jalannya. Raya ketiga, kenduri sambil melawat mak cik.(kalau diberi pilihan, tidak mahu pergi..tapi mengikut kata ibu, pergi..!) Kelihatan sugul, sebab kehilangan. Terbayang di mata, andai diri di tempat dia. Tak sanggup nak mengharungi. Katanya, sudah tidak tinggal lagi di rumah lama, tak sanggup! Kenangan terlalu banyak, katanya lagi. Hati diam tiada kata-kata. Kurus. Bertapa kehilangan itu cukup memeritkan. Faham.


Memiliki. Bermakna perlu sanggup berkongsi segala. Susah senang bersama. Tapi meragui juga kemampuan diri. Trial and error? Terlalu berisiko. Kalau betul percaturan, betul. tapi kalau silap, masih adakah peluang untuk betulkan kesilapan itu? Itu yang mengganggu. Perlu yakin kata seseorang, tapi tidak terlalu yakin. Perlu balance. Susah keadaan itu. Bertanya pada diri, sudah bersedia untuk kembali ke waktu itu? Agak lama meninggalkan dunia itu, perlu membiasakan diri, tapi tiada pasti bila akan kembali biasa. Kekok. (tersenyum sendiri) Tapi sudah buat keputusan, mahu keadaan itu menjadi sebahagian dari urusan seharian mulai saat ini, jadi perlu terima dan bersedia untuk apa sahaja halangan yang akan datang. Perlu kuat, lebih kuat dari sekarang. Kuat dari hati, minda, perasaan dan rasional.


Sekarang. Masih ragu, tapi lebih kepada pasti apa yang diatur akan menjadi 1 kenyataan. Tapi andai diri tiada kekuatan, musnah juga. Kadang-kadang tidak mahu membuka 'the closed part' lagi. Mahu snedirian. Tapi, GOD works in mysterious way. Terbuka juga bahagian itu. Berganti juga bahagian itu. Tapi rintangan apa yang akan datang? Perjalanan masih jauh. Destinasi itu ada, tapi mampukah bertahan untuk ke destinasi itu. Perlu kuat! Itu pasti!


Kepada dia: Sempurna itu, tiada. Tapi janji ini, untuk sanggup bersama susah dan senang. Sekiranya kesempurnaan yang dicari, maaf, tiada itu di sini.




Mahu bersama.


Selagi Diizin Dia.


Pasti.






Restless..............






2 comments:

SJK said...

have a good day

Asmadiana Alias said...

p, senyum je lah kan? huhu... =)


a, coming to SA soon, kita jumpa ok?