Thursday, September 17, 2009

tick tock tick tock

disaat ini, bersendirian di Jellybeans..tiada sesiapa, semua sudah pulang bercuti barangkali...all excited! just 1 thing in mind: "kesian ma sorang2 kemas rumah....selalu aku yang balik paling awal....huhu..".

apa yang nak ditulis kali ini? apa nak yang diceritakan kali ini? dalam fikiran/minda ada 1001 masalah yang perlu diselesaikan, yang perlu dirungkaikan tapi diri sendiri sudah tiada tenaga untuk semua itu. mood hari raya belum ada, memgenangkan ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum raya dan ada beberapa perkara juga yang menunggu untuk diselesaikan selepas raya. (believe me, i'm doing everything to u......u wont believe how, and what, but if its for u, i will..for the sake of what we had....).

hari ini, hujan dan mendung di melaka. seakan mengerti bahawa kita semua sudah tiada excited untuk bekerja. pasti, jalan2 utama/highway di seluruh malaysia sudah mula sesak dengan kederaan yang mahu pulang ke kampung. bertuahkah orang yang tak perlu pulang ke kampung kerana tidak perlu mengharungi semua itu? long journey..seperti kehidupan ini....cuma long journey ke kampung, ada destinasi tapi kehidupan, tiada kepastian di situ.

sepanjang ramadhan, best! sebab ma ada di melaka dan makan sedap untuk berbuka setiap hari dan juga "itu" yang boleh diselesaikan walaupun bukan sempurna. alhamdulliah, its more than anything i could wish for. berharap agar dapat menunaikan "itu" dengan lebih sempurna untuk Dia selepas ini, dan selamanya.

tahun ke-6 tanpa dia. masih terasa "sejuk" dia di sini. sudah lama tidak menjengah. mungkin tahun ini boleh singgah di sana. rindu. cuma anak2 pengubat hati. tiada siapa tahu how he effect my life here. semoga dia mendengar, tapi hakikatnya Dia lebih mengetahui.

*sigh

sendirian.



SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.


0 comments: